template

Friday, December 31, 2010

a new year ...

Assalamualaikum..

tahun baru datang lagi..
umur bertambah ea?
huhu..amalan xbopa nak cukup..
berangan ja lebih ni..
aduss!!

tahun baru ni,
byk azam dlm hati ni,
itu nak buat,ini nak buat
mampu ke ak nk wat?

apa aku nak buat ?
1-aku nak hidupkan balek blog ni
2-tp,sblm tu ak nak make sure diri aku ni dipersiapkan dgn ilmu2 agama,biar tersemat dlam jiwa,hati,sanubari..aku tanak macam dulu..macam hipo(KRIT) sket..tah laa..
3-aku nak juga kurangkan ........................ (biar la rahsia,tapi aku tetap nak buat!i-Allah )
4-lain2,ada lagi ni..tp nanti2 la..aku nak biarkan yang ni dulu tercapai :)

haha..saja aku lepas perasaan kt sini,sebab aku tau sapa nak baca blog aku ni?haha
nampak gaya cam tulis diari,luahan perasaan..
sapa2 yang baca ni,ampa anggap ja la luahan perasaan sorg gadis yg baru tamat SPM yg tatau g hala tuju hdup dy kot mana..
tadak bnda dah kot nk ngarut..ok..nnti2 ak updet len..

Sunday, December 19, 2010

after for a .....

Assalamualaikum..

lama benar xupdate blog..
now,
NUR FATHIE DIYANA sedang mencari KEKUATAN ....


|||||||||||||||||SEARCHING MODE||||||||||||||||||||||||

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya~!

Assalamualaikum
Kesempatan nk ucap selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir batin..
maafkan segala kesalahan..terkasar bahasa,tersilap bicara,terguris hati atau apa sja..
raya ni jangan la membazir..tak bagus..tau la setahun sekali pn,tp xelok..Sesungguhnya membazir tu kan amalan syaitan..
buat pelajar maahad sekalian.
raya2 juga,jangan lupa trial xhabis lagi..jangan dok hepi sgt nah..

ok2..sket ja entry kali ni..xdan..kejaq masa..da byk kerja neh..ok..selamat hari raya!!wsalam











Saturday, September 4, 2010

Kebodohan orang `pandai`?

Stephen Hawking: Tuhan tidak cipta alam semesta

LONDON 3 Sept. - Pakar fizik dan matematik terkenal, Stephen Hawking muncul dengan teori baru yang mencetuskan kemarahan ramai pihak mendakwa Tuhan bukanlah pencipta alam semesta ini.

Konsep itu dikesan didalam buku terbarunya The Grand Design yang dipetik dan disiarkan dalam akhbar Britain, The Times semalam. Buku berkenaan ditulis bersama seorang lagi pakar fizik, Leonard Mlodinow dijadual diterbitkan oleh Bantam Press pada 9 September ini.

The Grand Design yang disifatkan oleh penerbit sebagai karya besar Hawking dalam tempoh hampir sedekad lalu, mencabar teori Isaac Newton yang menyatakan bahawa Tuhan terlibat dalam penciptaan alam semesta kerana sistem solar tidak mungkin terjadi secara semula jadi.

Namun, Hawking menegaskan ia bukan semudah itu kerana untuk memahami alam semesta, adalah penting untuk mendalami bagaimana dan mengapa sesuatu berlaku, dengan memanggilnya sebagai 'Persoalan Terbesar Kehidupan, Alam Semesta dan Segala-galanya.'

Hawking, pakar fizik British yang terkenal melalui tulisan mengenai lubang hitam, mendakwa penemuan sebuah planet mengelilingi sebutir bintang selain matahari pada 1992 'yang sama dengan keadaan planet bumi, menjadikan kejadian bumi bukan sesuatu yang membanggakan dan kurang mengagumkan seperti dakwaan bahawa bumi dicipta khas untuk manusia'.

Sebelum ini, dalam buku terlarisnya, A Brief History of Time pada 1988, Hawking dilihat menerima konsep Pencipta, dengan menyatakan bahawa penemuan teori lengkap akan menjadi 'kejayaan besar untuk manusia dan untuk itu kita perlu tahu apa yang Tuhan fikirkan.'

Namun The Grand Design dilihat berganjak daripada pendapat asalnya itu dengan menyatakan bahawa fizik dapat menjelaskan kejadian tanpa perlunya 'Pencipta yang menjadikan Alam Semesta untuk kebaikan kita.'

"Oleh kerana terdapat hukum alam seperti graviti, Alam Semesta mampu dan akan tercipta dengan sendiri daripada tiada.

"Penciptaan spontan merupakan sebab adanya sesuatu berbanding tiada apa-apa, mengapa Alam Semesta wujud dan mengapa kita wujud. Tidak semestinya ia membabitkan Tuhan untuk... mengaturkan Alam Semesta," katanya.

Hawking bersara pada tahun lalu daripada Lucasian Chair of Mathematics di Universiti Cambridge selepas 30 tahun memegang jawatan itu yang juga pernah dipegang oleh Newton.

Beliau yang mengalami penyakit urat saraf sejak berusia 22 tahun, terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda dan bertutur menggunakan bantuan sebuah komputer dan alat sintesis suara. - AP

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Assalamualaikum..

nahh..terkejut tgk title berita ni bila bca newspaper td..gila lah..btul2 mncabar kuasa Allah la org `pandai` ni..haishh..STEPHEN HAWKING,pkar fizik dan matematik terkenal yg pstinya non-muslim kuarkan statement cmni??

gila lah...

menjadikan kejadian bumi bukan sesuatu yang membanggakan dan kurang mengagumkan

kenyataan apa nih??hellooo..dy ni kan pndai tp jahil jugak noh..klu xdak kuasa bsar yg ciptakan bumi yg kita dok nih,xmgkin wujud bumi ni..bintang,bulan,matahri dan cakerawala yg ada sekeliling kita nih..mana mgkin ianya terjadi sendiri?

"Oleh kerana terdapat hukum alam seperti graviti, Alam Semesta mampu dan akan tercipta dengan sendiri daripada tiada.

"Penciptaan spontan merupakan sebab adanya sesuatu berbanding tiada apa-apa, mengapa Alam Semesta wujud dan mengapa kita wujud. Tidak semestinya ia membabitkan Tuhan untuk... mengaturkan Alam Semesta

oh,hukum alam..setiap bnda ni dlm dunia ni ada pnciptanya..xkan la sja2 bnda nk terjad sniri?melainkan ada SATU kuasa BESAR yg control semua nih?mcm planet kt orbit tu,klo xdak KUASA BESAR yg control,abs berlanggar semuanya..ngan kita sekali pn innalillah..

haa..diri manusia ni pn ada pnciptanya..klo kita xdiciptakan,xwujud aih kita ni..haih,manusia2..

Beliau yang mengalami penyakit urat saraf sejak berusia 22 tahun, terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda dan bertutur menggunakan bantuan sebuah komputer dan alat sintesis suara

hmm..umur 22 tahun dh sakit saraf,duk atas kerusi roda..tu nsib bek dy sakit,klo xsakit ntah banyak g kajian dy yg menyesatkan manusia..klu dy percaya akan ALLAH,TUHAN YANG ESA pastinya dy bersyukur sebab masih bernyawa..namun hidupnya tu xdak guna,hanya menyesatkan org..

mungkin ni juga ujian tuk kita..Allah ingin menguji tahap keimanan kita..berbaliklah kepada Al-Quran dan As-Sunnah..jika diberi Al-Quran kepada Stephen dan diberi hidayah oleh Allah,sudah pasti Stephen akan kagum akan penciptaan Allah ni..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


wallahua`lam..








Saturday, August 14, 2010

Kata2ku...

Assalamualaikum..

Kedatanganku ke sini untuk ucapkan :

1 ) Ahlan ya Ramadhan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


lambat sket tp better late than never!
moga kedatangan Ramdhan kali ni,kita hayati dan guna sebaik2nya utk beribadah..wt tarawih,bca al-quran,sedekah..bgkut sahur tu,jgn lupa wt qiam yer..i-Allah,niat ikhlas,diterima Allah..yer la,myb thn dpn kita xjumpa dh..who knows?

2 ) selamat menghadapi trial pmr

bg budak2 kedah yg nk face pmr dis yr, selamat yer!esok ni..do the best!nnti dh dpt result nnti ni,tu yg kayu pengukur kita..tgk,sama da kta ni dh btul2 ready ke nk amek pmr?
mlm pksa jgn la tdo lewat2 sgt..stg kt dewan pksa ngntuk,cmna?stg dok tdo dlm dewan,naya kot..

3 ) apa lg erk?xdak dah kot..

4 ) haaa!! trial spm [huhu]

alamak..nk ucap all da bez kpd sapa2 yg nk face trial spm 23hb ni..kpd pelajar2 maahd,especially x-alrazian09,al-jabiran10..all da bez..buat elok2..moga2 kita dpt gegarkan maahd dgn result kita yg gempak2!!i-ALLAH,11 A+ dan 12A+ semuanya..doa2kan la..


5 ) (ada lagi?) permohonan MAAF


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

nak minta maaf kt semua..kwn yg kenal,xkenal,rapat,xrapat,kak2,abg2,adik2,makcik2,pakcik2..
minta maaf byk2 nah..nk periksa ni,mnta halal semuanya..segala ilmu atau apa2 sja minta halal semuanya..tmbh2 bulan puasa ni an,ptutla kita saling bermaafan..andai kata ada hutang,mai la tuntut..apa2 pn,tlg doakn kejayaan saya dan seluruh pelajar maahadil mahmud..i-Allah,najah~
lastly,hayati kata2 ni,,


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


wsalam..

p/s aih,8 ari nk trial,msih di dpn pc?!bahaya nihh!!!

Saturday, July 17, 2010

Friday, July 9, 2010

Hatiku merindu..

ASSALAMUALAIKUM..







Tetiba hatiku merindu
Teringat tika saat di sana
Entah kenapa


Pandangan dari atas
Melihat kiblat umat Islam ni
Tika menanti waktu subuh
Bermain di fikiran
Subhana-ALLAH
Cantik sangat!


Waktu Subuh
Solat di belakang multazam
Menghabiskan masa di sana
Membaca al-Quran,berzikir,solat sunat


Adakah aku masih ada peluang seperti itu lagi?
Sekali lagi,otakku berfikir dan hatiku merindu saat itu..



Aku berdoa,
semoga Allah memberi aku kesempatan lagi
memberi keluarga aku kesempatan lagi
untuk dijemput ke rumah-Mu lagi..
Mudah-mudahan Allah mengabulkan doaku..

Thursday, July 8, 2010

xpenting

Bismillahirahmanirahim..

its quite for a long3 time,,sy xupdate blog..
many things happened..seriously..
mcm2 melanda..aneh..
ujian byk sgt..i think,i`ve cry many times dis yr..huhu..
sedih memikirkan masalah yg terlalu byk,,until my fren introduce me dis nasyeed...

Rahmat Ujian

Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

----------------------------------------------------------------------------------------

dgr la lagu ni...serius,,make me so calm~

Tika dilanda musibah,harus ada rasa bersyukur,tu jelasnya membuktikan ALLAH mengasihimu stiap masa..diuji tahap keimana,sdgkan ramai terbiar dilalaikan..hanya yang terpilih sja antara yg berjuta mndapat rhmatnya..bersyukurlah tika dilanda musibah,tanda Allah masih xlupakan kita..

Thursday, May 27, 2010

di `tag` !

Bismillahirahmanirahim..
sja merayau blog org,,ttba..eh3..kna tag..adeihh..anyway,thnx k shathirah!



what is your full name?

Panjang deyh..
NUR FATHIE DIYANA BINTI ABDUL AFFIP
(ya2,sama ngan ic)

when is your birthday?

6/11/1993
tambah2 : kui 8:08pm =)

what is your sugar daddy's name?

sugar daddy?erkk??no3 sugar daddy..

what is your mum's name?

Noorzakiah Binti Saad

how many siblings do you have?

four,empat,arbaah,4 x)

where do you live?

kedah,malaysia,earth =)

your favourite colour?

i luv bilu ( blue + biru )
nice lorr!!
colour of copper(ii) ion

still studying?

yeap..facing SPM dis yr~

do you have a bestfriend?

A bestfriend??erm..i don`t think so..
all my fren is my bestfren..ngee~~

do you love them?

of course laa..uhibbukum jiddan2!

pop or jazz?

classic??hahaha..whatever~

chicken or beef?

chicken
(teringt menari chicken dance wktu kem ri tuh..huhu)

coke or 100 plus?

dua2 xsuka..xsuka air yg da co2 tuu..

what brand is your purse?

brand??xdak lorr..
ingt nk p bli purse len,purse lma dh dhaif..
k shatirah,,blnja km!hehe

how much do you have in your wallet right now?

da la juta2 rupiah dlm tuh

high heels or flat?

lebih prefer high heels,,but sbbkn sy dh tnggi,,kna la pkai flat..hehe (sakt kaki sbnqnya pakai high heels lama2..xbgus3)

skirts or jeans?

dua2 tak..baju krung is still da bez~

shirt or blouse?

both myb..asalkn tutup aurat sudah~

watch or bracelet?

Watch ( tgn kiri!)
bracelet ( tgn kanan )
heheh

favourite watch's brand?

favourite??xde la fvret..ayh beli,kita pakai...but,now i`m using U2

do you have boyfriend/girlfriend?

yes,many gf!

did you love him?

them la..not him!

did you ever kiss him?
uish!salam jemaah~

facebook or myspace?

don`t have ms..n i will never have ms

what is your dream?

dream??further my study,n help my papa :)

BERIKAN 5 YANG ANDA TAU TENTANG ORANG YANG MENTAG ANDA :

ngaji kt jordan la ni,amek medic,nk jd doktor,ngaji maahd dulu ni,pandai,sporting,slalu dpt hdiah idul ilmi,kwn k mah,bezfren dy kak zati n kak yah (depa 3 serangkai dulu ni)..
<>

5 rakyat bertuah :
  1. kak mah
  2. aqua
  3. deqna
  4. kimi
  5. sapa2 yg dh terbaca post nih.. :)

:: HADIS ::

Assalamualaikum..

Lama benor xupdte blog ni..haih,,jenuh nk kemas..bersawang dh ni..tuu..haihh...

erm..alhmdulillah,,td bru abs wt exam hadis..dok ngapai2 hadis,terdetik la di hati ni nk share..moga2 ianya akn mnjd amalan sy dan pmbaca semua..

" Daripada Aisyah,isteri kpd Nabi Muhammad s.a.w, sesungguhnya Nabi berdoa ketika dalam solatnya : Ya Allah, aku memohon berlindung daripada azab kubur, dan berlindung dari fitnah Al-Masihu Dajjal,dan berlindung dari fitnah ketika hidup dan ketika aku mati, Ya Allah,aku juga memohon berlindung daripada dosa dan hutang..lalu dikatakan kepada baginda Rasullah : Banyaknya! (dlm keadaan taajub).. Kenapa berlindung daripada hutang? lalu Rasulallah berkata : Jika seseorang itu berhutang, maka apabila dia bercakap,dia berdusta dan apabila dia berjanji,maka dia memungkirinya.."

doa ni (yg diboldkan),

اللهم اني أعوذبك من عذاب القبر وأعوذبك من فتنة مسييح الدجال وأعوذبك من فتنة المحيا و الممات اللهم اني أعوذبك من المأثم و المغرم



  • Rasullah baca doa selepas tasyahud dan sebelum salam..
  • maksud fitnah ketika mati ialah fitnah ketika mana kita sudah mati,yakni ketika urusan penyempurnaah jenazah..mungkin la ada kecacatan di mana2,dan org ramai dok brcakap sal kecacatn tu,,haa..kta nk berlindung dri tu laa..
  • dosa pulak terbahagi kepada 2 : dosa dgn manusia dan dosa dgn diri sndiri iaitu dosa kita dgn Allah..contohnya tinggal solat la,xposa laa,wt apa yg Allah larang la dll
  • hutang pulak..haaa..yg ni yg nak ditekankan..
  • ada yang berkata bhw org yg brtanya kpd Rasullah tu Saiyidatina Aisyah sendiri..
  • kenapa Rasullah meminta berlindung drpd hutang???kenapa Rasulallah kata klo org brhutang ni bila bercakap,dia tipu dan bila berhutang dia mungkiri??
  • haaaa..bayangkan...kita berhutang..dan kita xmampu nak byar pda hari yg telah dijanjikan..semestinya kita akan buat mcm2 alasan nk mnta tangguh..tu dikira menipu dh tu dan xbuat apa yg telah dijanjikan,iaitu nk bayar ikut hari yang telah ditetapkan..
  • haa..kalau nak tau,,sifat2 ni la sifat yg da pada org MUNAFIK!
4 TANDA ORG MUNAFIK :
  1. bila bercakap,dia berdusta
  2. bila berjanji,dia mungkiri
  3. bila diberi amanah,dia khianat
  4. bila bergaduh,dia besar2kan..xckp bnda yg betul ( sapa2 bley,tlg perbetulkan yg no 4 nih )
  • haa..tu la psal Rasulallah anjurkan kita berdoa dgn doa ni..takut2 kita dalam org yg munafik..nauzubillah..
okeyh?
renung2kan dan selamat beramal!

Wednesday, May 5, 2010

kata-kata?

assalamualaikum...

lama benar xupdate..huhu..
next week,exam mid-yr..doa2kan yer..
actually,,xdak apa pn..juz wanna to share qoutations..

" sucinya perempuan itu adalah namanya tidak menjadi sebutan lelaki dan di bibirnya tidak meniti nama lelaki "..

huhu..pndai2 mpa la nk hayati kata-kata ni cmna..masing2 muhasabah diri blik..n satu lagi,,

" hidup biar terbuka,tp jangan hanyut..biar berprinsip dalam sesuatu perkara,tp jangan jumud "...

okey?
cuba menerima sesuatu perubahan dgn hati yang terbuka,,tp bila da yg perlu diperbetul..bangun dan bersuaralah...

Saturday, April 17, 2010

tlg hebahkan ::makluman::

Bismillahirrahmanirrahim..
Adalah diutuskan di sini.. Bahawasanya Sekolah Rendah/Menengah Al-Azhar akan mengadakan Majlis Sambutan 20 Tahun Penubuhan Al-Azhar. Ini adalah merupakan 1st program [grand] besar anjuran SRAZ/SMAZ.

Berikut merupakan butiran mengenai program serba sedikit...

Tarikh: 29, 30 April & 1 Mei 2010M
Hari: Khamis, Jumaat & Sabtu
Tempat: Mukim Gelong, 06000 Jitra, Kedah
Kumpulan Sasaran:
1)Semua Guru
2)Semua Murid
3)ibubapa
4)Bekas Pelajar SRAZ + SMAZ [EX-SRAZ & SMAZ] - - - - - - ->>>FOKUSKAN
5)Bekas LTS
6)Bekas Guru Besar

Pengisian Program:

1- Majlis Pelancaran
Insyallah akan dirasmikan oleh YB Menteri Besar Kedah. Biiznillah...
2- Majlis FannulAtfal
Pertandingan antara Sekolah bawah Majlis Guru Besar[MGB] Islam negeri Kedah.
3- Diskusi Ilmu
Solat Maghrib, bacaan Yaasin, Solat Hajat + Isya', diikuti dengan diskusi ilmu.
Diantara moderator diskusi ilmu ialah Dr. Danial Zainal Abidin, penulis Muslim Super
4- Pertandingan Khat, Mewarna & Gubahan + Memasak
Khat + Mewarna -->> untuk Kanak-Kanak
Gubahan + Memasak -->> untuk Dewasa
5- Pemeriksaan Kesihatan & Derma Darah
6- Hari Kantin & Pameran
Gerai Jualan & Pameran
7- MA.N.I.S. [Malam Nurani Interepetrasi Seni] @ Konsert Nasyid
Jumaat malam selepas Isyak
*Artis Jemputan akan diberitahu kemudian
8- Aqiqah
Majlis Aqiqah terbuka
9- Demontrasi/Pertunjukan
BaSed[Basic Self Defense], Taekwondo, Kawad Formasi, dll.

Jadi apa yang nak difokuskan di sini ialah...
1- Jadi kepada sesiapa yang mengetahui tentang khabar/berita/utusan ini, tolong sangat-sangat.. Pasingkan/Messegekan/Informkan berita ini kepada ex-sraz yang lain yang masih boleh dicontack/hubungi. Ini kerana ahli dalam group ini masih belum mencapai jumlah yang memuaskan [192Members setakat pukul 0032;26/3/2010], Please sangat-sangat. Informlah dalam apa-apa cara sekali pun, Facebook ke, YM ke, e-mail ke, Friendster ke, twiter ke, sms ke, mms ke, dsb supaya semua ex-sraz/smaz diseluruh pelusuk dunia nie, dapat tahu tentang program.

2-Kepada sesiapa yang nak hadir, kalau boleh dan sebolehnyalah, tolong isikan berkenaan maklumat di bawah, untuk memudahkan kerja Persatuan Alumni SRAZ + SMAZ mengumpul database bekas-bekas pelajar.
a)Tahun mula persekolahan di SRAZ
b)Jika masih menuntut (sebutkan nama institusi dengan lengkap)
c)Jika sudah bekerja
1-Nama majikan dengan lengkap
2-Bidang Kerja + Jawatan(jika berkenaan)
d)Kesanggupan untuk hadir Sambutan - Ya atau Tidak. (Jika Ya, nyatakan Tarikh)
e)Tolong berikan dengan lengkap...
1-Alamat Pos (tempat menetap)
2-No. Tel Rumah, H/P 1, H/P 2, 3 dan seterusnya jika ada..
3-e-mail
dan hantarkan maklumat-maklumat tersebut ke w_khudzri@yahoo.com, atau boleh terus berhubung dengan Muallimah Sarilah Mohammad, guru penasihat Persatuan Alumni SRAZ/SMAZ, +60135945948

3- Kepada yang jauh, tolong informkan kehadiran[jika nak hadir] kepada Muallimah Sarilah, untuk memudahkan urusan penginapan dan makanan.

4- Juga kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, meringankan biaya sekolah, bolehlah sumbangkan sumbangan.

Wallahu'alam..
Harapan agar Sambutan 20 Tahun Penubuhan Al-Azhar ini, disambut meriah oleh semua EX-SRAZ seluruhnya..

"Datang jangan tak datang, Sama-sama kita meriahkan Sambutan ini di sekolah tercinta kita.."

nothing..

Assalamualaikum..

erm,lama xupdte blog ni..hmpir sebulan..plus,da maslah apa tah kt blog ni..sapa2 yg xley buka ri tu,sorry la noh..sy pn tatau sbb apa..skrg,alhmdulillah dh ok..

kblkngn ni agak sbuk (cewah,sibukla sgt)..
pluz,xdak idea nk publish apa..
nanti2 la updte..xpa..lpas spm ni masa panjaaaaaanggggg,,so wktu tu la nk updte pn..hehe

kpd sapa2 yg nk amek spm thn ni.,,selamat maju jaya,,dan jgn pnah brhenti berusaha!!slgi masa msih ada,jom sama2 kita pulun!!

tajuk pn nothing,so post kali ni pn xdak apa la sgt..hehe
ok2..doa2kan moga sy berjaya dlm spm thn ni..insya-Allah spm 11a+..amin~~

n sy hrapkan rakan2 seperjuangan sy pn turut brjaya dlm spm thn ni,,xkira la aliran apa yg mpa amek..ok?

ingt psnn sy ni,,
1% kepandaian + 99% USAHA = KEJAYAAN/NAJAH/SUCCESS!

ok,dats all..gud luck ea!

p/s doakan kejayaan pasukan debat bm,bi dan ba maktab mahmud alor setar di uia!amin~
khusunya kepada : rasyidah,afiq,husam dan syahyidi.. ----> da unsur assobiah plak..budak sekelas..ahaks~

Wednesday, March 17, 2010

Cuti Sekolah~

ASSALAMUALAIKUM..

hari ni hari Rabu..cmna cuti mpa?ok?ko?
haihh...mentang2 la cuti sekolah,,jgn la cuti segala2nya..
erm..cuti ni,utk meluangkan masaku(kononnya,,pdhal omwork berlungguk!),,
beli la buku tuk dibaca...bkn apa,,utk ketenangan diri (cewahhh..)
serabut kepala otak..sekali sekala kena la rehatkn mnda kan?
ni buku2 yg sy beli :


tajuk : MENCARI MAKNA HIDUP [ PARLINDUNGAN MARPAUNG ]

erm..memang cuti ni pikiran agak xbetoi..so,sy beli la buku ni...Alhamdulillah,beri motivasi sket kpd sy..dan alhmdulillah,,dh abs bca buku ni..antara nasihat yg menarik dlm buku ni ialah :

"Sehebat apa pun nasihat yang diberikan kepada seseorang, dia perlu membuat keputusan melakukannya sendiri..Sekiranya tidak, itu semua tidak dapat berubah dan memperoleh pencerahan hidup yang lebih baik..Sekiranya saudara ingin meraih cita-cita dan impian, saudara perlu menempuh SENDIRI jalan yang akan dilalui!"


tajuk : DETEKTIF CONAN

hahhaha..ni fevret nih..bez gler layan conan..rndu sgt nk bca..xprnah jemu baca..ikut kehendak hati,mau ja kumpul semua edisi conan,tp memandangkan harga conan pn dh melonjak rm4.90(dulu rm4.50),,terkuburlah hasrat tuh..huhuh..lgpn,crita dy sambung2,tu yg malas tuh..at last,beli ja edisi khas..hbs crita..xdak la kes dy smbung2...


tajuk: PESANAN PENTING UNTUK WANITA , JGN TERPEDAYA
[MUHAMMAD RASYID AL`UWAIDI]

beli buku ni pn sbb otak 'gelong2`..xbetoi..mncari identiti~ (cewah..)
tp bez bca..byk mnceritakan kisah2 wanita zaman Rasulallah,,supaya wanita zaman sekarang mengambil teladan..ada jug menceritakan wanita zaman sekarang yg boleh kita(wanita) amek teladan..bahasa dy pn best..i-Allah,boleh memberi kesan dalam hati jika dihayati..
p/s xabs bca g..tebal~

القرأة مفتاح العام

bimakna,,membaca itu kunci ilmu..
"membaca itu jambatan ilmu"
hehhe..jom la sama2..kita membaca~~~

p/s aduhh..buku pelajaran xbca lg..dhla ujian buka skolah nih..adusss!!!erm..otak xbetoi cuti ni,,xpa2..ada masa lg..jom rakan maahadku sekalian,,usah leka lg..jom study!!----> turut memaksa diri sndiri utk study!


Saturday, March 13, 2010

Alhmdulillah~



SETIAP KEJADIAN ITU ADA HIKMAHNYA..
KITA SEBAGAI INSAN HANYA MENERIMA DENGAN HATI YANG TERBUKA..
MOGA-MOGA IANYA TERBAIK UNTUK KITA..

Friday, March 12, 2010

Nak minta tolong boleh?

Assalamualaikum sahabat-sahabatku…

Nak minta tolong sikit boleh tak?

Tolong ingatkan saya,
Andai saya terlupakan tuhan,

Dalam kelapangan dan kesibukan,
Dalam kesenangan dan kesusahan.


Tolong ingatkan saya,

Jangan jadi anak derhaka,

Mak ayah dilupakan jangan,
Usah diluka hati dan perasaan.


Tolong ingatkan saya,
Dengarlan dan bacalah Al-Quran,
Tika radio penuh hiburan,
Tika tv penuh Hindustan.

Tolong ingatkan saya,
Di mana silamnya zahirku,
Jika aurat didedahkan disingkat,
Diketat dan dijarangkan.

Tolong ingatkan saya,
Jadilah sahabat yang baik,
Sentiasa memberi peringatan,
Sentiasa menerima teguran.

Tolong ingatkan saya,
Kalau bercinta biarlah keranaNya,

Dalam memilih utamakan iman,

Kelak ikatan dihindari syaitan.

Tolong ingatkan saya,
Hidup ini satu kembara,
Kutiplah mutiara dalam perjalanan,
Moga di sana menjadi bekalan.

Tolong ingatkan saya,
Diri ini milik Yang Kuasa kepadaNya,
Jiwa diserahkan segala-segala,
Dialah tumpuan.

Tolong ye ingatkan saya.


plz3..ingtkan saya..kerana saya juga seorang manusia yg lalai..asal perkataan manusia itu sendiri,`nasiya` yang bermaksud lupa..
sahabat2ku,,aku menghargainya sangat2..
dan,terima kasih kepada sahabat2ku yang telah menyedarkan aku dari semua ni..
sekarang,aku hanya minta sahabat2ku doakan aku,,
moga2 terus berada di landasan yang sepatutnya...
hanya Allah sja yang mampu membalasnya..
terima kasih..

Thursday, March 11, 2010

Rest our mind?

ASSALAMUALAIKUM..

ari selasa ri tu,sy berpeluang ke insaniah,,tgk pameran nabi dan sahabat2..
sempena maulud nabi..
sengaja dibuka utk form 5 ja krn nk release tension(kononnya)
huhu..xla..nk luangkan masa terluang km,co ari tu bkn blajar pn,.
sbb da perlawanan akhir sukan antara maktab mahmud...
lg stu,nk lari dr suasana maahd..kuar jalan2 tgk aloq staq..heheh..

ni da gmbr sket..
ini selendang(kot) khwin fatimah az-zahra


ini plak jubah fatimah az-zahra

sbnrnya da byk..tapak kaki nabi Muhammad,jubah Husain bin Ali dll..banytak gak info p sana..bley dapt gambran lby jelas kehidupan nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat..


haa..ni plak..wktu p tuh,terserempak ngan adik2 dr mahad tahfiz al-quran wal qiraat selangor..dpa ni mai jauh,,mai lawatan smbil bljar..bgus dpa ni..ramah..smpt la km tkq2 emel..he3


sblm nk tngglkn dewan insaniah tuh..dan lagi bergambq atas pntas tuh..ni gmbr 4 al-razi `09..wlaupn skrng ni km berbeza kelas,,tp ukhwah km tetap kuat..moga2 ukhwah km berkekalan selama-lamanya..bergmbq ngan ustzh zatul,guru kelas thn lpas merangkap `kakak` km laa..

Friday, March 5, 2010

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA aka SPM!!!

ASSALAMUALAIKUM..


wahai candidate SPM2010,,,hahahha..


di sini kusertakan tarikh peperiksaan..iaitu hari bersejarah kita semua..

SPM 2010 – Sijil Pelajaran Malaysia
Amali akan dimaklumkan


Ulangan 22 – 23 Jun 2010
Ujian Bertulis 22 November – 16 Disember 2010

priksa len pn sy sertakan juga la yer..

UPSR 2010 – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

Ujian Bertulis 21 – 23 September 2010

PMR 2010 – Penilaian Menengah Rendah

Ujian Bertulis 5 – 12 Oktober 2010


SPM 2010 – Sijil Pelajaran Malaysia

Amali akan dimaklumkan


Ulangan 22 – 23 Jun 2010
Ujian Bertulis 22 November – 16 Disember 2010

STAM 2010 – Sijil Tinggi Agama Malaysia

Ujian Lisan 12 – 23 Julai 2010
Ujian Bertulis 18 – 27 Oktober 2010

STPM 2010 – Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

Ujian Lisan 21 – 23 September 2010

27 – 29 September 2010
Ujian Bertulis 22 November – 14 Disember 2010

MUET 2010 – Malaysian University English Test


Pertengahan Tahun Akhir Tahun
Ujian Speaking 3 – 5 Mei 2010 12 – 14 Oktober 2010

10 – 12 Mei 2010 18 – 20 Oktober 2010
Ujian Bertulis 24 April 2010 13 November 2010

pepun,selamat melakukan persediaan!!
jom..kita study!
jgn memain g!!!


erh,lupa nk gtau..
sumber dri sini

aah,satu g..
klo mpa nk tgk draf jadual peksa spm,,
tgk sini lak..

okey?moga2 info sy bg ni brguna tuk mpa!!!

Sunday, February 28, 2010

Cinta?

Assalamualaikum..

tazkirah dlm umah sewa sy bru ni..cinta?chenta?love?ermm...


love is cinta..yap..cinta tu subjektif..namun,difokuskan ke arah cinta sesama manusia,yakni cinta kpd kaum bukan sejenis..faham takat tuh?erm..

perlukah cinta pd usia muda cmni?
hakikatnya,btul la..remaja khususnya,,ada rsa ingin ingin menyayangi dan disayangi..tipu la klo xdak..ellooo,,we`re not perfect..kita juga manusia..klo xdak tu,xnormal la tuh..cuma brgantung pd diri ja,,nk control bnda ni smua..

puncanya kenapa?ini sy taip yg mana sy igt je la erh..


1- ada persamaan?

eh3..hobi sama la apa la..tu yg wujudnya chemistry(kononnya)..ak memahami ko,ko memahami ak..cmtu erk?arghh..apa2 je laa..

2-da perbezaan? (pulak dh..)

ye la..alaaa..saling lengkap-melengkapi..ak kurang,ko tambah..ak bising,ko diam..ak membebel,berleter,ko diam..ko dgr ja apa ak ckp..cmtu la lby kurg..

yg len,maaf sy dh terlupa..
tp sy rsa tu la antara faktor utama..

perlukah cinta usia muda?
cinta monyet?cinta kera?
betul ke tu?boleh bertahan ke?
ke sja nk syok2 ja?org len da,ak pn nak la..
cm best ja..huh,,

erm..cintan cintun ni,ckp sampai akhir zaman xabs..
smuanya brmula dr diri snri..KITA perlu kuat!!
kuat menepis semua ni!!
bkn org len,diri snri..
ya,diri sniri..diri sniri harus kuat..
berat?mmg berat?tp,cubala..
it`s hard?but,,try..cuba..
ya..cuba..
cintakan bunga, bunga akan layu..
cintakan manusia,manusia psti akn mati..
hbs,nk cinta sapa lgg??

cintailah Allah swt, krna ianya cinta yang hakiki..

p/s i`m not da one who deserve to talk bout dis..but...

Saturday, February 13, 2010

Manusia semakin kejam?


KUALA KRAI: Mayat rentung seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui dalam tong sampah besar milik Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) di Jalan Tengku Zainal Abidin di sini pagi tadi.

Tidak dapat dipastikan sama ada bayi yang masih bertali pusat dan uri itu telah dibakar hidup-hidup.

Ketika ditemui tiga petugas MDKK yang sedang melakukan tugas memungut sampah di situ kira-kira 11 pagi, bayi yang berkulit cerah tersebut ditemui rentung pada sebahagian badan sementara kakinya juga terputus daripada badannya.

------------------------------------------------------------------------------------------------

tu merupakan keratan berita ari ni..

tgk berita td,,Ya Allah,manusia ni semakin kejam ea..mmg xdak hati perut langsung!

rsa cm dh blik pd zaman jahiliah,,malahan lebih TERUK lg!!

haiwan pn lebih baik dr golongan manusia cmni..iskk,tatw nk kata la..

mmg btul2 KEJAM..bayi tu xberdosa..suci,murni..apa dosa dy??shingga diperlakukan cmni?klu dy taw akan brlaku cmni,dy pn xnak lahir kt dunia ni..dunia ni semakin kejam!!

nauzubillah,,apa nak jadi skrg?maksiat berleluasa,,masalah sosial yg bgitu teruk dlm kalangan muda mudi skrg,,termasuk la bangsa Melayu snri yakni Islam...

benarlah,,dunia ni semkin mnghmpiri kiamat..tanda2 kecil sdh byk..manusia semakin jauh dan lupa dgn Maha Pencipta..

bangun dan sedarlah wahai rakan2 seperjuangaku..kita yg bakal menerajui dunia ni,,masa hadapan sesebuah negara bleh dilihat brdasrkan akhlak remaja skrg..memikirkan kata2 itu,,ak brfikir,,akn cerahkan duniaku ini nnti?wallahua`alam..



Wanita JIM kecam kempen biadap

KUALA LUMPUR: Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Selangor mengecam kempen ‘no panties’ (tanpa seluar dalam) yang dipromosikan di kalangan penuntut wanita di institut pengajian tinggi (IPT) sempena Hari Kekasih, Ahad ini.

Ketua Wanita JIM Selangor, Dr Ruziaton Hasim, berkata amat menyedihkan apabila usaha itu tidak dilihat sebagai tindakan menjijikkan di kalangan penuntut wanita malah disambut dengan gembira.

“Perkara ini amat mengecewakan kerana reaksi sedemikian datang daripada golongan penuntut Melayu yang seharusnya memiliki nilai kesopanan, kecerdasan minda serta intelek yang baik.

“Golongan penuntut yang terpengaruh dengan aktiviti tidak sihat sebegini sebenarnya ditipu pihak yang mempromosikan kempen terbabit.

“Wanita JIM Selangor berharap agar semua pelajar wanita terutama golongan Muslim menjauhi promosi itu kerana kempen itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam serta amalan murni masyarakat,” katanya, semalam.

Harian Metro Isnin lalu turut melaporkan Persatuan Ulama Cawangan Pulau Pinang (PUMPP) bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memerangi iklan kurang ajar yang menyeru pasangan muda-mudi Islam meraikan Hari Kekasih termasuk saranan agar gadis tidak memakai seluar dalam ketika keluar dengan pasangan.

Berikutan tindakan itu, Urusetia Menangani Gejala Sosial (Unggas) yang bernaung bawah Persatuan Ulama Pulau Pinang dengan kerjasama Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API) serta Komuniti Suara Kehidupan (Kosuke) akan melancarkan kempen ‘Jerat Hari Kekasih’.

Jurucakap Unggas, Nurfitri Amir Muhammad, berkata sepanjang kempen berkenaan, pihaknya turun padang dan mengedar 3,000 poster serta cakera padat (CD) mengandungi ceramah kesedaran di asrama institusi pengajian tinggi (IPT) serta sekolah bagi mencegah remaja Islam menyambut Hari Kekasih.

Wednesday, February 10, 2010

Perkara yg anda tataw sal handphone?

Assalamualaikum..

errmm,,,

pastikah mpa,mpa tau semua sal phone bimbit ni??cuba fikir btul2..hehe..xdak la..ni da info bru sket..yg diambik dr sumber lain..

*************************************************************************************

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -


1)
NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )


2)
KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.


3)
KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .


4)
TELEFON KENA CURI

- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

p/s: selamat mencuba!!

Friday, January 29, 2010

نبينا محمد صلى الله عليه وسلم

Assalamualaikumm..
kesempatan ni,nk introduce siapakah Nabi Junjungan kita..
seringkali kita menganggap lewa..
jomlah berkenalan dgnnya..bak kata org, tak kenal maka tak cinta kan?





Nama penuh: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama 'Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma' bt. al-Nu'man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah:
  • Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
  • Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
  • Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
  • Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
  • Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
  • Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)

kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: "Bacalah!" (Iqra'). Lalu Rasulullah menjawab; "Saya tidak pandai membaca." Lalu kata beliau: "Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: "Bacalah!" Tetapi aku jawab: "Aku tidak pandai membaca!" Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: "Bacalah!", yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan," sampai kepada ujung "Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu." Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: "Selimutilah aku, selimutilah aku." (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: "Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?" Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: "Aku ngeri atas diriku."

Friday, January 22, 2010

Advice,nasihat?

Assalamualaikum..

makin aku hidup,makin aku sedar..
rupa-rupanya xsemua sama..
xsemua boleh ikut cakap kita..
xsemua boleh terima pendapat kita..
memang perit,apabila ditolak..

dalam dunia ni,,
bukan kita ja yg hidup,
kita hidup berjemaah,
cubalah bertolak ansur dengan orang lain,,
cubalah terima pendapat orang lain,,
mana tahu,,
mungkin ianya lebih baik..

makin aku belajar,
makin aku rasa tataw,
adakah ini sebabnya kita dituntut ilmu sehingga ke hujung nyawa?
fikirkan lah,
sbnarnya ilmu kita ni terbatas,
umpama setitik air laut di lautan yg luas..

justeru,janganlah berlagak,
kerana Allah Maha Mengetahui segala-galanya,
cuba untuk berkongsi ilmu dengan orang lain..
kerana setiap ilmu yg disebarkan,
akn mndapat pahala selagi mana ia digunakan,
hatta oleh orang lain..

selalunya kita menasihati orng lain,,
tp apabila tiba kita mnghadapi masalah,
sahabat kita menasihati benda yang sama seperti kita nasihati dulu,,
benarlah manusia itu perlukan sahabat,,
utk saling mengingati antara satu sama lain..

dan diri ni,
walaupun seringkali diminta utk memberi nasihat,
tp tiba saat aku perlukan nasihat,,
aku terlupa segala nasihat yang selalu bermain di bibirku..
dan betul la manusia mudah lupa..

Sunday, January 17, 2010

Assalamualaikum..

wanna to rest ur mind?read dis..

SECRET~

Lina : Nora told me that you told her the secret I told u not to tell her that I told u..

Laila(feeling rather hurt) : I told her not to tell u that I told u not to tell her.

Lina : Alamak! dON`T tell her that I told u that she told me not to tell u that I told u not to tell her..

"1 nice thing about egoitist, they don`t talk about other people."-anonymous-

got it?no?erm..read another 1..

Seasons in the Year~

Teacher : How many seasons are there in a year?

Pupil : two,Cikgu..

Teacher : What r they?

Pupil : Rambutan season and durian season..

another 1...

African Animals

Teacher : Name ten animals from Africa

Martyn : Nine elephants and a giraffe..

that`s all..juz wanna to relax my mind..ok..got to go continue my bio note..

k,have a nice day,evryone~~

wsalam..

Saturday, January 9, 2010

FACEBOOK bunuh penduduk Palestin?!

Bismillahirahmanirahim..

saya xnak cakap banyak..mpa klik ja kt keratan akhbar kat bawah ni..klik utk baca dgn lebih jelas..kemudian,mpa renung2 la yer..


ampa pikiq la sndiri..semua Allah bg akal kn,pndai beza baik dan buruk..wallahua`lam..

p/s cilok dari blog pksu..thnx ya pksu~

Friday, January 1, 2010

Tahun Baru?

Assalamualaikum..

Tahun 2009 telah melabuhkan tirainya..kini bermula la tahun 2010..bg batch 93, tahun ni tahun GILA kami..ye la,SPM dis year..xsangka cepat masa berlalu..sungguh cepat..

Tahun baru ni kan..orang mesti tanya "eh,apa azam baru ko?"..azam?huu~~llah,sebenarnya banyak azam..tp tataw la tercapai ke x..insya-Allah,di mana da kemahuan,di situ da jalan kn??

tahun baru ni memang sesuai utk kita tukar diri kita..dari malas jadi rajin..perangai buruk,kita tukar..wt perangai elok..ye la,semua baru..semangat mesti baru kan?RUHUL JADID!!!!

nak tau x,sbenarnya tabiat mausia ni malas berfikir..termasuk la si penulis ni..semua pn sama lar..lumrah manusia..tu la psal kita kena guna otak kita selalu..klo sehari kita `rest` guna otak,msti susah nk `kerja`kan semula..

mcam cuti ni kan..asyik relax je kerja..tgk tv,makan,men ternet,tido..klo tu ja kerja cuti ni,msti nk pergi SEKOLAH timbul satu perasaan 'aduhh,malasnyerr~'erm..sebenarnya,xbaik cmtu..

mcm mana nk tajamkan pemikiran??
sebenarnya..kita kena buat suatu benda yang kita jarang buat..contoh paling mudah,klo kita tulis tangan kanan,cuba kdg2 kita try guna tangan kiri..xkisah la xsegak pn..but,at least try..kenapa ea?sbb klo kita buat sesuatu yg jarang kita wt,kita kna pkir dulu..klo nak tulis huruf N guna tgn kiri,msti kena pkir dulu..'eh,nk mula dr mana ea,nk wt hruf N ni?'...

sebenarnya xdak apa pn..saja nk ucap WELCOME BACK TO SCHOOL~
walaupun pada zahirnya,kehidpan seorg plajar bru bermula,tp batinnya,,KEHIDUPAN SEORANG PELAJAR XPRNAH BERHENTI!!"Tuntutlah ilmu dari kamu di dalam buaian hingga ke liang lahad".. anggaplah dunia yang luas dan semakin tua ni,satu kelas yang sangat besar..ramai pelajar di dalam nya..gurunya pula ialah pengalaman yang masu lalu..walaupun datangnya terlambat, namun percayalah,dia la guru yang paling cemerlang!panduannya,tentulah dua perkara yang ditinggalkan Nabi Muhammad, Al-Quran dan As-Sunnah..

kembali ke sekolah ni,,tanamlah semangat baru!utk blajar brsungguh,,biarpun jatuh,teruslah bangkit semula!!bangun dan bangun..i-Allah kita akan berjaya..jgn pernah putus asa,kerana putus asa hanyalah keputusan bagi orang-orang yang DUNGU!kita xnak jd dungu kn?kn?so,teruslah berusaha..usaha+doa+tawakal,insya-Allah berjaya..

dh usaha,tp xbrjaya?Allah xzalim pun..ada hikmah di sebalik tu..husnuzon,bersangka baik dgn ketentuan Allah..sapa tau,mngkn da `hadiah` yang lebih baik bg kita?bersabarlah..kerana Allah sentiasa bersama2 org yang sabar..

salam sayang dr,sy, d:6
WELCOME BACK TO SCHOOL~
2217
010110


p/s xkemas nk blik asrama lg nih~