Allah berfirman yang maksudnya:
Engkau jugalah pelindung ; oleh itu ampunkanlah kami dan berikan rahmat kepada kami kerana Engkau jugalah sebaik-baik pemberi ampun. Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepada-Mu (al-A`raf:155-156)
KETERANGAN AYATIbnu Abi Hatim, Abu al-Syeikh meriwayatkan daripada Nauf al Humairi berkata, apabila Nabi Musa memilih 70 orang daripada kaumnya untuk menuju ke tempat yang diperintahkan Allah, maka Allah telah mengatakan kepada Nabi Musa a,s ; "Sesungguhnya Dia telah menjadikan buli tempat yang suci untuk beribadat dan dijadikan ketenangan dalam rumah mereka serta dijadikan Taurat itu boleh dibacakan secara hafaz oleh setiap golongan Bani Israel"
Tiba-tiba golongan Yahudi itu mengatakan:"Kami tidak mahu bersembahyang melainkan di biara sahaja. Kami hanya mahu ketenangan itu ada dalam keranda Nabi Yusuf a.s dan kami mahu membaca Taurat dari tulisan yang tercatat atas buku"
Malah kaum Yahudi juga meminta untuk melihat Allah secara live (langsung) sebagai alasan untuk beriman (Al-Durrul Manthur,tafsir ayat 155-156,surah al-A`raf)
Nabi Musa a,s tiada pilihan melainkan mengingatkan umatnya terhadap bahaya mengingkari suruhan Allah. Baginda lalu meohon keampunan dan kebaikan dunia dan akhirat..
No comments:
Post a Comment