template

Friday, March 20, 2009

Madihah ditaja tunai umrah!

Assalamualaikum,semua..

tadi baca paper,ternampak tajuk ni..Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal,pelajar cemerlang SPM 2008 ditaja ke Tanah Suci Mekah oleh sebuah syarikat swasta, Hijaz Trade Corporation.Syarikat ni bersetuju untuk membiayai kos dan perbelanjaan ke sana..

"Saya dan ibu bapa bersetuju dengan tawaran tersebut dan menganggapnya sebagai nilai rezeki yang besar nilainya. Buat masa ini, saya bersyukur, gembira dan teruja untuk mengikuti rombongan ke sana bersama-sama wakil syarikat itu untuk menunaikan ibadat umrah"kata bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi itu..Katanya lagi,dia berharap dapat menunaikan umrah pada 16 April depan,tetapi ia terpulang kepada pihak syarikat itu untuk menetapkan tarikh pemergian mereka.

Aduhai,itulah nasib pelajar cemerlang..Segala-galanya dapat..Hasil usaha dan pengorbanan yang Kak Madihah buat sebelum ni tak sia-sia..Sekarang,dia mendapat hasilnya..Sejuk perut ibu mengandung dapat anak macam ni...Insya-Allah,tahun hadapan kami dua pula bakal mengambil SPM..Doakan kejayaan kami!!!Moga-moga dapat keputusan yang cemerlang!!!Insya-Allah

p/s amin2 ya Rabbalaamin...

No comments: