Sunday, February 28, 2010
Cinta?
tazkirah dlm umah sewa sy bru ni..cinta?chenta?love?ermm...
love is cinta..yap..cinta tu subjektif..namun,difokuskan ke arah cinta sesama manusia,yakni cinta kpd kaum bukan sejenis..faham takat tuh?erm..
perlukah cinta pd usia muda cmni?
hakikatnya,btul la..remaja khususnya,,ada rsa ingin ingin menyayangi dan disayangi..tipu la klo xdak..ellooo,,we`re not perfect..kita juga manusia..klo xdak tu,xnormal la tuh..cuma brgantung pd diri ja,,nk control bnda ni smua..
puncanya kenapa?ini sy taip yg mana sy igt je la erh..
1- ada persamaan?
eh3..hobi sama la apa la..tu yg wujudnya chemistry(kononnya)..ak memahami ko,ko memahami ak..cmtu erk?arghh..apa2 je laa..
2-da perbezaan? (pulak dh..)
ye la..alaaa..saling lengkap-melengkapi..ak kurang,ko tambah..ak bising,ko diam..ak membebel,berleter,ko diam..ko dgr ja apa ak ckp..cmtu la lby kurg..
yg len,maaf sy dh terlupa..
tp sy rsa tu la antara faktor utama..
perlukah cinta usia muda?
cinta monyet?cinta kera?
betul ke tu?boleh bertahan ke?
ke sja nk syok2 ja?org len da,ak pn nak la..
cm best ja..huh,,
erm..cintan cintun ni,ckp sampai akhir zaman xabs..
smuanya brmula dr diri snri..KITA perlu kuat!!
kuat menepis semua ni!!
bkn org len,diri snri..
ya,diri sniri..diri sniri harus kuat..
berat?mmg berat?tp,cubala..
it`s hard?but,,try..cuba..
ya..cuba..
cintakan bunga, bunga akan layu..
cintakan manusia,manusia psti akn mati..
hbs,nk cinta sapa lgg??
cintailah Allah swt, krna ianya cinta yang hakiki..
p/s i`m not da one who deserve to talk bout dis..but...
Saturday, February 13, 2010
Manusia semakin kejam?
KUALA KRAI: Mayat rentung seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui dalam tong sampah besar milik Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) di Jalan Tengku Zainal Abidin di sini pagi tadi.
Tidak dapat dipastikan sama ada bayi yang masih bertali pusat dan uri itu telah dibakar hidup-hidup.
Ketika ditemui tiga petugas MDKK yang sedang melakukan tugas memungut sampah di situ kira-kira 11 pagi, bayi yang berkulit cerah tersebut ditemui rentung pada sebahagian badan sementara kakinya juga terputus daripada badannya.
------------------------------------------------------------------------------------------------
tu merupakan keratan berita ari ni..
tgk berita td,,Ya Allah,manusia ni semakin kejam ea..mmg xdak hati perut langsung!
rsa cm dh blik pd zaman jahiliah,,malahan lebih TERUK lg!!
haiwan pn lebih baik dr golongan manusia cmni..iskk,tatw nk kata la..
mmg btul2 KEJAM..bayi tu xberdosa..suci,murni..apa dosa dy??shingga diperlakukan cmni?klu dy taw akan brlaku cmni,dy pn xnak lahir kt dunia ni..dunia ni semakin kejam!!
nauzubillah,,apa nak jadi skrg?maksiat berleluasa,,masalah sosial yg bgitu teruk dlm kalangan muda mudi skrg,,termasuk la bangsa Melayu snri yakni Islam...
benarlah,,dunia ni semkin mnghmpiri kiamat..tanda2 kecil sdh byk..manusia semakin jauh dan lupa dgn Maha Pencipta..
bangun dan sedarlah wahai rakan2 seperjuangaku..kita yg bakal menerajui dunia ni,,masa hadapan sesebuah negara bleh dilihat brdasrkan akhlak remaja skrg..memikirkan kata2 itu,,ak brfikir,,akn cerahkan duniaku ini nnti?wallahua`alam..
Wanita JIM kecam kempen biadap
KUALA LUMPUR: Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Selangor mengecam kempen ‘no panties’ (tanpa seluar dalam) yang dipromosikan di kalangan penuntut wanita di institut pengajian tinggi (IPT) sempena Hari Kekasih, Ahad ini.
Ketua Wanita JIM Selangor, Dr Ruziaton Hasim, berkata amat menyedihkan apabila usaha itu tidak dilihat sebagai tindakan menjijikkan di kalangan penuntut wanita malah disambut dengan gembira.“Perkara ini amat mengecewakan kerana reaksi sedemikian datang daripada golongan penuntut Melayu yang seharusnya memiliki nilai kesopanan, kecerdasan minda serta intelek yang baik.
“Golongan penuntut yang terpengaruh dengan aktiviti tidak sihat sebegini sebenarnya ditipu pihak yang mempromosikan kempen terbabit.
“Wanita JIM Selangor berharap agar semua pelajar wanita terutama golongan Muslim menjauhi promosi itu kerana kempen itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam serta amalan murni masyarakat,” katanya, semalam.
Harian Metro Isnin lalu turut melaporkan Persatuan Ulama Cawangan Pulau Pinang (PUMPP) bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memerangi iklan kurang ajar yang menyeru pasangan muda-mudi Islam meraikan Hari Kekasih termasuk saranan agar gadis tidak memakai seluar dalam ketika keluar dengan pasangan.
Berikutan tindakan itu, Urusetia Menangani Gejala Sosial (Unggas) yang bernaung bawah Persatuan Ulama Pulau Pinang dengan kerjasama Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API) serta Komuniti Suara Kehidupan (Kosuke) akan melancarkan kempen ‘Jerat Hari Kekasih’.
Jurucakap Unggas, Nurfitri Amir Muhammad, berkata sepanjang kempen berkenaan, pihaknya turun padang dan mengedar 3,000 poster serta cakera padat (CD) mengandungi ceramah kesedaran di asrama institusi pengajian tinggi (IPT) serta sekolah bagi mencegah remaja Islam menyambut Hari Kekasih.
Wednesday, February 10, 2010
Perkara yg anda tataw sal handphone?
Assalamualaikum..
errmm,,,
pastikah mpa,mpa tau semua sal phone bimbit ni??cuba fikir btul2..hehe..xdak la..ni da info bru sket..yg diambik dr sumber lain..
*************************************************************************************
Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -
1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )
2) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.
3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .
4) TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya
p/s: selamat mencuba!!