Wednesday, September 8, 2010
Selamat Hari Raya~!
Kesempatan nk ucap selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir batin..
maafkan segala kesalahan..terkasar bahasa,tersilap bicara,terguris hati atau apa sja..
raya ni jangan la membazir..tak bagus..tau la setahun sekali pn,tp xelok..Sesungguhnya membazir tu kan amalan syaitan..
buat pelajar maahad sekalian.
raya2 juga,jangan lupa trial xhabis lagi..jangan dok hepi sgt nah..
ok2..sket ja entry kali ni..xdan..kejaq masa..da byk kerja neh..ok..selamat hari raya!!wsalam
Saturday, September 4, 2010
Kebodohan orang `pandai`?
Stephen Hawking: Tuhan tidak cipta alam semesta
LONDON 3 Sept. - Pakar fizik dan matematik terkenal, Stephen Hawking muncul dengan teori baru yang mencetuskan kemarahan ramai pihak mendakwa Tuhan bukanlah pencipta alam semesta ini.
Konsep itu dikesan didalam buku terbarunya The Grand Design yang dipetik dan disiarkan dalam akhbar Britain, The Times semalam. Buku berkenaan ditulis bersama seorang lagi pakar fizik, Leonard Mlodinow dijadual diterbitkan oleh Bantam Press pada 9 September ini.
The Grand Design yang disifatkan oleh penerbit sebagai karya besar Hawking dalam tempoh hampir sedekad lalu, mencabar teori Isaac Newton yang menyatakan bahawa Tuhan terlibat dalam penciptaan alam semesta kerana sistem solar tidak mungkin terjadi secara semula jadi.
Namun, Hawking menegaskan ia bukan semudah itu kerana untuk memahami alam semesta, adalah penting untuk mendalami bagaimana dan mengapa sesuatu berlaku, dengan memanggilnya sebagai 'Persoalan Terbesar Kehidupan, Alam Semesta dan Segala-galanya.'
Hawking, pakar fizik British yang terkenal melalui tulisan mengenai lubang hitam, mendakwa penemuan sebuah planet mengelilingi sebutir bintang selain matahari pada 1992 'yang sama dengan keadaan planet bumi, menjadikan kejadian bumi bukan sesuatu yang membanggakan dan kurang mengagumkan seperti dakwaan bahawa bumi dicipta khas untuk manusia'.
Sebelum ini, dalam buku terlarisnya, A Brief History of Time pada 1988, Hawking dilihat menerima konsep Pencipta, dengan menyatakan bahawa penemuan teori lengkap akan menjadi 'kejayaan besar untuk manusia dan untuk itu kita perlu tahu apa yang Tuhan fikirkan.'
Namun The Grand Design dilihat berganjak daripada pendapat asalnya itu dengan menyatakan bahawa fizik dapat menjelaskan kejadian tanpa perlunya 'Pencipta yang menjadikan Alam Semesta untuk kebaikan kita.'
"Oleh kerana terdapat hukum alam seperti graviti, Alam Semesta mampu dan akan tercipta dengan sendiri daripada tiada.
"Penciptaan spontan merupakan sebab adanya sesuatu berbanding tiada apa-apa, mengapa Alam Semesta wujud dan mengapa kita wujud. Tidak semestinya ia membabitkan Tuhan untuk... mengaturkan Alam Semesta," katanya.
Hawking bersara pada tahun lalu daripada Lucasian Chair of Mathematics di Universiti Cambridge selepas 30 tahun memegang jawatan itu yang juga pernah dipegang oleh Newton.
Beliau yang mengalami penyakit urat saraf sejak berusia 22 tahun, terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda dan bertutur menggunakan bantuan sebuah komputer dan alat sintesis suara. - AP
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Assalamualaikum..
nahh..terkejut tgk title berita ni bila bca newspaper td..gila lah..btul2 mncabar kuasa Allah la org `pandai` ni..haishh..STEPHEN HAWKING,pkar fizik dan matematik terkenal yg pstinya non-muslim kuarkan statement cmni??
gila lah...
menjadikan kejadian bumi bukan sesuatu yang membanggakan dan kurang mengagumkan
kenyataan apa nih??hellooo..dy ni kan pndai tp jahil jugak noh..klu xdak kuasa bsar yg ciptakan bumi yg kita dok nih,xmgkin wujud bumi ni..bintang,bulan,matahri dan cakerawala yg ada sekeliling kita nih..mana mgkin ianya terjadi sendiri?
"Oleh kerana terdapat hukum alam seperti graviti, Alam Semesta mampu dan akan tercipta dengan sendiri daripada tiada.
"Penciptaan spontan merupakan sebab adanya sesuatu berbanding tiada apa-apa, mengapa Alam Semesta wujud dan mengapa kita wujud. Tidak semestinya ia membabitkan Tuhan untuk... mengaturkan Alam Semesta
oh,hukum alam..setiap bnda ni dlm dunia ni ada pnciptanya..xkan la sja2 bnda nk terjad sniri?melainkan ada SATU kuasa BESAR yg control semua nih?mcm planet kt orbit tu,klo xdak KUASA BESAR yg control,abs berlanggar semuanya..ngan kita sekali pn innalillah..
haa..diri manusia ni pn ada pnciptanya..klo kita xdiciptakan,xwujud aih kita ni..haih,manusia2..
Beliau yang mengalami penyakit urat saraf sejak berusia 22 tahun, terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda dan bertutur menggunakan bantuan sebuah komputer dan alat sintesis suara
hmm..umur 22 tahun dh sakit saraf,duk atas kerusi roda..tu nsib bek dy sakit,klo xsakit ntah banyak g kajian dy yg menyesatkan manusia..klu dy percaya akan ALLAH,TUHAN YANG ESA pastinya dy bersyukur sebab masih bernyawa..namun hidupnya tu xdak guna,hanya menyesatkan org..
mungkin ni juga ujian tuk kita..Allah ingin menguji tahap keimanan kita..berbaliklah kepada Al-Quran dan As-Sunnah..jika diberi Al-Quran kepada Stephen dan diberi hidayah oleh Allah,sudah pasti Stephen akan kagum akan penciptaan Allah ni..
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
wallahua`lam..