template

Friday, March 12, 2010

Nak minta tolong boleh?

Assalamualaikum sahabat-sahabatku…

Nak minta tolong sikit boleh tak?

Tolong ingatkan saya,
Andai saya terlupakan tuhan,

Dalam kelapangan dan kesibukan,
Dalam kesenangan dan kesusahan.


Tolong ingatkan saya,

Jangan jadi anak derhaka,

Mak ayah dilupakan jangan,
Usah diluka hati dan perasaan.


Tolong ingatkan saya,
Dengarlan dan bacalah Al-Quran,
Tika radio penuh hiburan,
Tika tv penuh Hindustan.

Tolong ingatkan saya,
Di mana silamnya zahirku,
Jika aurat didedahkan disingkat,
Diketat dan dijarangkan.

Tolong ingatkan saya,
Jadilah sahabat yang baik,
Sentiasa memberi peringatan,
Sentiasa menerima teguran.

Tolong ingatkan saya,
Kalau bercinta biarlah keranaNya,

Dalam memilih utamakan iman,

Kelak ikatan dihindari syaitan.

Tolong ingatkan saya,
Hidup ini satu kembara,
Kutiplah mutiara dalam perjalanan,
Moga di sana menjadi bekalan.

Tolong ingatkan saya,
Diri ini milik Yang Kuasa kepadaNya,
Jiwa diserahkan segala-segala,
Dialah tumpuan.

Tolong ye ingatkan saya.


plz3..ingtkan saya..kerana saya juga seorang manusia yg lalai..asal perkataan manusia itu sendiri,`nasiya` yang bermaksud lupa..
sahabat2ku,,aku menghargainya sangat2..
dan,terima kasih kepada sahabat2ku yang telah menyedarkan aku dari semua ni..
sekarang,aku hanya minta sahabat2ku doakan aku,,
moga2 terus berada di landasan yang sepatutnya...
hanya Allah sja yang mampu membalasnya..
terima kasih..

No comments: