template

Friday, January 22, 2010

Advice,nasihat?

Assalamualaikum..

makin aku hidup,makin aku sedar..
rupa-rupanya xsemua sama..
xsemua boleh ikut cakap kita..
xsemua boleh terima pendapat kita..
memang perit,apabila ditolak..

dalam dunia ni,,
bukan kita ja yg hidup,
kita hidup berjemaah,
cubalah bertolak ansur dengan orang lain,,
cubalah terima pendapat orang lain,,
mana tahu,,
mungkin ianya lebih baik..

makin aku belajar,
makin aku rasa tataw,
adakah ini sebabnya kita dituntut ilmu sehingga ke hujung nyawa?
fikirkan lah,
sbnarnya ilmu kita ni terbatas,
umpama setitik air laut di lautan yg luas..

justeru,janganlah berlagak,
kerana Allah Maha Mengetahui segala-galanya,
cuba untuk berkongsi ilmu dengan orang lain..
kerana setiap ilmu yg disebarkan,
akn mndapat pahala selagi mana ia digunakan,
hatta oleh orang lain..

selalunya kita menasihati orng lain,,
tp apabila tiba kita mnghadapi masalah,
sahabat kita menasihati benda yang sama seperti kita nasihati dulu,,
benarlah manusia itu perlukan sahabat,,
utk saling mengingati antara satu sama lain..

dan diri ni,
walaupun seringkali diminta utk memberi nasihat,
tp tiba saat aku perlukan nasihat,,
aku terlupa segala nasihat yang selalu bermain di bibirku..
dan betul la manusia mudah lupa..

No comments: