template

Friday, July 24, 2009

gOSSIPIngg??Ooopss...

Assalamualaikum..gosippinG??oppss...
adakah ianya sinonim dgn wanita?mmg xdpt dinafikan..tp masih blh dielakkan bukan?kat sini ada information sal gossiping ni..harap2 kita leh ambk iktbar..

mengumpat a.k.a gosipping ni leh terbahagi kpd 3 bhg :
  1. ghibah(mnyebut sesuatu yg buruk di belakang org)
  2. buhtan (mereka2 perkara dusta)
  3. ifk (menyebarkan cerita fitnah yg didengar)
apa yg menyebabkan seseorang itu 'TE'Rmengumpat?
  1. melepaskan perasaan marah ; dgn demikian perasaan marahnya hilang
  2. utk mengambil hati kwn dlm brckp serta melayaninya spy jgn disangka xpandai bergaul walaupun itu adalah umpatan
  3. bersikap bermegah2 bahawa dialah yg hebat drpd org lain
  4. bermain-main,bergurau2 dan ketawa tanpa disedari telah mengandungi umpatan melalui perkataan atau lakonan
  5. bertindak memburukkan org lain sblm dirinya diperkatakan org.
namun begitu, ada CARA nak cegah lidah kita ni drpd mengumpat....
  1. ketika marah,terus ambik wuduk
  2. mengingati larangan Allah dan Rsul-Nya tentang mengumpat
sebenarnya, ada juga mengumpat yg dibenrkan,iaitu ketika..
  1. teraniaya ; memperkatakan tentang perbuatan penganiayaan yang dilakukan oleh individu terhadap dirinya ( cth:buli)
  2. bertujuan utk memberi pengiktibaran
  3. meminta nasihat : membuka keaiban yg berlaku utk mendapat nasihat
  4. sbg amaran : 3 golongan yang dibenarkan mengumpat :
> ketua yg zalim
> org yg mengadakan perkara baru (bid`ah dholalah)
> org fasik yg terang2 membuat maksiat

that`s it..lepas ni,jom la kita jaga lidah kita drpd terus mengumpat..zikir kan lebih bagus..mmg susah,tp perlahan2 la..saya pun sama..tp,apa salahnya kita saling mengingati..kalau dgr org mengumpat,cegahla dgn lisan iaitu nasihat..kalau x,`run away` jer..tu cegah ngan hati,yakni selemah2 iman..moga2 kita akan terus istiqamah..biar sikit2,drpd xbuat langsung kn??

Saturday, July 18, 2009

penatnya~

Assalamualaikum..

sungguh..aku penat sgt ari ni..
sehari g seminar mengenali potensi diri tu..
ntah pa bnda aku dpat..wallahu`alam..
leh taw rahsia tarikh lahir je kot...
huhuhu..tu je..
sehari aku kt dewan insaniah td..
penat gler..
tp,yg lawaknya..
makcik2,pakcik pun pndai ek lagu WONDERPETS tu..
famousnya..tu tara semua da profesion yg hebat..hahhaaaha..
what so ever laaa..
apa yg penting?KERJASAMA!!
mmg pntng pun!

p/s lantakla bahasakan diri pa pun..sama je kan..mmbawa mksud yg satu
ana=saya=aku..huhuuh..belasah jaa..aku penat!!

dh besar sgt ke aku ni?


Bismillahirahmanirahim..

Eerm..apa ye?
ntah la..kenapa ya?
dah besar sgt ke aku ni?umur xcukup 16 thn lg pun..tp,napa yaa?
dh rsa besar sgt ke?
huhh..ntah laa..susah nak terima benda2 baik..huhh..
ntah laa..serabut..aku kekeliruan identiti..
adakan ini betul2 diri aku?
betul x nii?aku pening..tidakkkk!!!!!!!

napa?dh rsa besaq sgt ka kt muka bumi Allah ni?
Ya Allah,tolongla hmba-Mu ni Ya Allah..
aku xtaw apa yg jd kat aku sekrg nii.
susah benor nk trima kebaikan..
napa ek?adakah sikap keremajaan aku ni yg buatkan aku jd cmni?
jgn salahkan org leh..sbb tu diri kau jugak!!
pandai2la jga diri..

remaja mmg cmni ek?
semua nak happy ja..
xpa,muda g..tua2 nnti aku tobatla..
astaghfirullaha`zim..aku xnak jd cmtu..
sodar laaaa!!!
ingt blek kisah sahabat2 dulu..
depa tunggu tua ka nk perjuang Islam..huhh/
entah laa..

pikiq2 blek..
apa yg ampa,aku buat selama mana mpa dok kt muka bumi Allah ni?
aku,hmpir 16 thn aku brnyawa ni..
apa sumbangan ang?
jgn pikiq sumbangan Islam tuk ang,tp sumbangan ang tuk Islam,bangsa dan negara!!!
argghhhhh.....berat sungguh!!

ingat,Allah xkan uji hmba-Nya klo Allah taw kita xmampu nk pikul..
Subhana-Allah..
Ya Allah,Kau berilah kekuatan padaku,rakan2 seperjuangan aku yg len..
supaya Islam terus tertegak di muka bumi ni Ya Allah..
hanya pada-Mu aku memohon Ya Allah....

p/s di atas cuma la luahan hati aku yg serabut..sungguh..aku memang kekeliruan identiti..cmna aku nk bentuk diri aku ni Ya Allah..moga2 aku dan ampa semua terus dikurniakan hidayah Allah..

Wednesday, July 15, 2009

MIKRAJ RASULALLAH s.a.w. KE LANGIT DAN KEFARDUAN SOLAT

Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi. Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis. Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi. Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah. Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan. Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya. Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya. Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan sembahyang lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Sembahyang lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu sembahyang dari baginda. Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu sembahyang dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap sembahyang fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu sembahyang fardu sama dengan lima puluh sembahyang fardu. Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya. Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya.

(HADIS RIWAYAT MUSLIM)
KITAB : IMAN
BAB : Israk Rasulullah s.a.w Ke Langit Dan Kewajipan Sembahyang

dipetik dari sini

Friday, July 10, 2009

TOLONG!!TOLONG SGT300x!!


Assalamualaikum..

Kat sini sy nak menyeru kt semua,kalau la nmpak kawan ampa ada yg couple or what so ever bnda2 xbaik,plzzzzzz nasihat dia!!

tolong sgt2x..sblm dia jadi parah,teruk..

sy rsa nyesal sgt2 sbb dulu xberusaha bersungguh kwn sy..kalau betul la crita yg sy dgr ni, maka sy rsa sgt2x nyesal..Ya Allah,ampunkan dosa ku...

skrg,sy dh lose contact ngan dy..ntah la apa khabar dy skrg..sihat ke apa ke..
pdhal dulu km baik sgt..uwaaa...nyesal sgt2..

sahabat,hanya doaku mengiringimu..moga Allah akan tunjukkan jalan yg benar semula,sahabatku..amin~~..